Jumaat, 25 November 2011

PERTANYAAN 4: "Makhluk tu apa?"



















Mungkin anda ditanya lagi begini: "Makhluk tu apa?"

Jawapan:

  • Makhluk ialah sesuatu selain Allah
  • Makhluk bukanlah Allah
  • Makhluk bukanlah tuhan
  • Makhluk adalah ciptaan tuhan
  • Semua manusia dan binatang adalah makhluk
  • Semua daratan, sungai, tasik dan laut adalah makhluk
  • Bulan, matahari, bintang dan langit adalah makhluk
  • Cahaya dan gelap adalah makhluk
  • Masa adalah makhluk
  • Segala tempat, ruang dan arah adalah makhluk
  • Selain Allah adalah makhluk
  • Allah bukanlah makhluk
  • Sifat Allah bukanlah makhluk
  • Allah-lah tuhan kita yang sebenar
  • Allah-lah pencipta semua makhluk
  • Tuhan kita yang sebenar hanyalah Allah
  • Pencipta hanyalah Allah
  • Allah itu pasti sebagai tuhan.
  • Allah itu mustahil sebagai makhluk.
  • Makhluk mustahil menjadi Allah

Rabu, 23 November 2011

PERTANYAAN 3: "Mencipta tu apa?"


Mungkin anda ditanya lagi begini: "Mencipta tu apa?"

Jawapan:

· Mencipta bermakna mengadakan sesuatu dari tiada menjadi ada.

· (Panggil nama anak anda contohnya) Nur, Allah telah mengadakan Nur dari tiada menjadi ada.

· Allah juga mengadakan ayah dari tiada menjadi ada.

· Allah juga mengadakan ibu dari tiada menjadi ada.

· Allah juga mengadakan nenek dari tiada menjadi ada.

· Allah juga mengadakan semua manusia dari tiada menjadi ada.

· Allah juga mengadakan semua binatang dari tiada menjadi ada.

· Allah juga mengadakan langit dan bumi dari tiada menjadi ada.

· Allah juga mengadakan matahari dan bulan dari tiada menjadi ada.

· Allah mengadakan segala makhluk dari tiada menjadi ada.

· Allah menciptakan segala makhluk dari tiada menjadi ada.

· Satu makhluk pun tidak boleh mengadakan sesuatu dari tiada menjadi ada.

· Hanya Allah yang boleh mencipta sesuatu dari tiada menjadi ada.

PERTANYAAN 2: "Tuhan tu apa?"

Mungkin anda ditanya pula: "Tuhan tu apa?"

Jawapan:

  • Tuhan adalah suatu yang mencipta semua makhluk.
  • Tuhanlah yang mencipta semua manusia.
  • Tuhanlah yang mencipta semua binatang.
  • Tuhanlah yang mencipta semua tumbuhan.
  • Tuhanlah yang mencipta daratan, sungai, tasik dan laut.
  • Tuhanlah yang mencipta air dan udara.
  • Tuhanlah yang mencipta bulan dan matahari.
  • Tuhanlah yang mencipta langit dan bintang.
  • Tuhanlah yang mencipta semua makhluk.