Isnin, 8 Mac 2010

PERTANYAAN 1: "Allah tu siapa?"

Mungkin anak anda bertanya: "Allah tu siapa?"

Jawapan:

  • Allah adalah tuhan kita
  • Allah juga tuhan semua manusia
  • Allah juga tuhan semua binatang
  • Allah juga tuhan semua tumbuhan
  • Allah juga tuhan semua bukit dan gunung
  • Allah juga tuhan semua daratan, sungai, tasik dan laut
  • Allah juga tuhan semua bintang dan langit
  • Allah adalah tuhan semua makhluk
  • Tuhan kita hanyalah Allah