Isnin, 8 Mac 2010

BAGAIMANA MENYEBUT LAFZUL-JALALAH "ALLAH"?

Berikut adalah beberapa petua yang amat wajar diikuti:
  1. Dapat cara sebutan yang tepat daripada guru yang dipercayai secara talaqqi mushafahah (dengan menyaksikan sendiri cara sebutan tepat dari mulut guru dan kesalahan murid pula diperbetulkan sendiri oleh guru). Ini syarat yang paling utama.
  2. Huruf hamzah di awal nama "Allah" hendaklah disebut "a" iaitu dengan baris atas dan jangan pula sebut dengan "o".
  3. Huruf lam di tengah nama "Allah" hendaklah disebut secara tashdid iaitu tekan suara pada huruf lam selama 2 harakat (dua kali gerak jari) jangan pula diringankan.
  4. Selepas huruf lam ditekankan suara, maka sebutan lam di tengah nama "Allah" hendaklah dipanjangkan paling kurang sekadar 2 harakat.
  5. Selepas itu, huruf ha' di akhir nama "Allah" hendaklah disebut dengan jelas pada tempat keluarnya iaitu di pangkal tenggorokan.

PERINGATAN: Sila dapatkan sebutan yang tepat dari mulut guru yang dipercayai

وبالله التوفيق والهداية